Monday, September 27, 2010

habuk oh berhabuk

fuh fuhhhh......nmpak habuk dk......
fuhhh......da kan.......


ish2,dah brhabuk plak blog nie.....
tatao la cam na bley pnuh ngan habuk nie......

nmpak sgt pemilik blog nie mls nak mati....
hahaha


sbnrnya tatao pon nk ltak pa....
tgh wat asemen nie......

tp otak dah ting tong.....

mao x ting tong ngok.....

usha la jam 2 dah kul5 lbey la.....


perrghh.....
smbg wat asemen larr.....
papai.....

Sunday, September 26, 2010

sakit kepala....



byk sgt nak pk.......
aduyaiii....

Saturday, September 25, 2010

Kau Yang Memulakan Sengketa........

tak pernah sedikit pun terlintas tuk membenci.......
tak pernah pun terlintas sikit pun tuk berdendam......
semua nie terjadi selepas awak yang memulakan.....

saya terima segala ketentuan dengan hati yang redha.....
andai kata Tuhan dah tentukan kita bersama,
siapa saya untuk menidakkan......
dan andai kata takdir itu bukan bersama kita.....
siapa jua saya tuk menentang......

saya hanya insan yang lemah.....
yang inginkan belaian manja......
yang inginkan kasih sayang.......
yang inginkan kebahagian.......
yang perlukan bimbingan seorang insan.....
yang tunduk dan patuh dengan Tuhan ku.....

setelah awak telah hilang dari hidup ini......
saya pernah terfikir yang diri saya bukan untuk awak.......
saya merasakan yang saya telah bersalah dengan awak....
mungkin menyakitkan hati awak.....
hingga awak menghilang tanpa khabar berita......

betapa luluh hati ini.....
begitu juga dengan keluarga saya......
susah payah tuk saya memberi keterangan.....
macam la saya yang bersalah......
tapi saya tetap mengaku jua.....

biar la apa pun orang nak fikir pasal saya......
buruk or baik saya nie cuma Tuhan ja yang tahu.....
cukup la setahun saya bagi peluang tuk awak.....
moga awak berbahagia.....

saya mintak maaf atas semua nya.......

p/s: saya kan jumpa awak tuk bagi balik barang awak......
tp saya perlukan masa......bukan dalam masa yang terdekat......

Wednesday, September 22, 2010

hidup baru

alhamdulillah.....
dah 23thn mas idup kat mka buku nie....
opssss...muka bumi larrr......
sbnrnya mas bkn la nak bebel pnjg kat c nie....
just nak bg tau yg mas dah mla kn idup baru......
moga mas bhgia ngan hidup nie........aminnnnn

Saturday, September 4, 2010

SeLaMat Hari Raya Aidilfitri.....




selamat hari raya....
maaf zahir batin tuk semua.....
mas mntk maaf klu da trkasar bhasa.....
klu da trsggung....
mntk maaf sgt2 dr ujung rmbut smp ujung kuku jari ibu kaki....

klu da yg terasa ngan mas or family.....
mas jd wkil tuk mntk maaf....
moga kta semua diredhai Allah swt....
aminnnnn!!!!!

p/s: jgn lupa bg duit rya k......hahaha

Wednesday, September 1, 2010

Ibu Seorang "PENIPU"..............

Pada suatu pagi yang hening dan tenang, tika burung sedang berkicau, aku baru saja bersiap untuk pergi ke sekolah. Aku kelihatan begitu segak sekali. Keluar saja aku dari bilik, ibu sudah menghidangkan sarapan di ruang makan. Aku memandang ibu ku sambil tersenyum, dan ibu membalas kembali senyumanku itu. Lalu ibu memanggil ku untuk bersarapan. Ubi rebus yang ibu hidangkan begitu sedap bila dicecah dengan sambal.


Aku memandang ibu lalu bertanya, "Ibu mengapa tidak makan sekali?"


"Ibu sudah makan tadi nak, sewaktu kau sedang bersiap," sambil terukir senyuman di wajah ibu.


Namun, aku tahu ibu sedang menipuku, dia masih belum bersarapan. Kami hanya tinggal dua beranak saja, ayah telah lama meninggalkan kami berdua. Ibulah yang mencari nafkah dan membesarkan aku selama ini.


Pulangnya aku dari sekolah pada tengah hari, aku terus makan. Ibu pula masih di pasar menjual sayur, dan hanya pulang pada jam dua petang. Ibu kelihatan begitu penat sekali apabila dia pulang, dan terus masuk ke bilik. Aku mulai pelik, ibu selalunya tidak begitu, selalunya dia pasti akan berbual dengan ku terlebih dahulu. Bertambah pelik lagi, ibu tidak keluar-keluar lagi dari biliknya dari pukul dua hinggalah ke pukul enam petang. Aku nekad, aku terus masuk ke bilik ibu. Aku melihat ibu sedang terlantar di dalam bilik. Ya Allah, apa yang sedang berlaku ini. Aku memegang dahi ibu, dahinya sungguh panas. Barangkali ibu demam.


"Ibu, kita pergi jumpa doktor ya, ibu demam ni."


Ibu sekadar menggelengkan kepalanya lalu berkata "Tak mengapa nak, esok lusa elok lah demamnya, lagipun bukannya teruk sangat demam ibu ni."


Sekali lagi aku ditipu oleh ibu. Kenapa ibu suka sangat menipu aku. Dahinya sungguh panas tadi. Aku tahu yang ibu tidak mahu membazirkan duit kerana ingin menampung kos aku untuk ke sekolah, sehingga tidak mahu berjumpa doktor.

Kini aku telah dewasa dan berkerjaya. Seperti kebanyakan orang, aku terlalu sibuk sehingga tidak sempat menelefon ibu untuk bertanya khabar, apatah lagi menjenguknya di kampung. Suatu hari, aku berkesempatan jua menelefon ibu untuk bertanya khabar.


"Assalamualaikum ibu. Ibu sihat? Dah makan ibu? Duit belanja cukup tak?"


Ibu membalas sambil terbatuk-batuk, "Waalaikumsalam. Ibu batuk sikit saja ni, esok lusa baiklah. Duit yang kau kirimkan bulan lepas pun tak habis diguna lagi, banyak lagi."


Mendengarkan suara ibu yang terbatuk-batuk itu, aku mula rasa tidak sedap hati. Namun apakan daya, aku hanya mampu berdoa pada yang Esa supaya ibu diberi nikmat kesihatan. Keesokan harinya, aku menerima panggilan dari Mak Piah, jiran dan rakan karib ibu di kampung. Tiba-tiba jantung aku berdebar-debar, aku bertanya kepada Mak Piah,


"Ada apa Mak Piah telefon ni?"


Aku sungguh terkejut mendengar jawapan dari Mak Piah sehingga jatuh terjelupuk ke lantai.

"Ibu telah meninggal dunia..."

Patutlah semalam aku risau tatkala mendengar ibu terbatuk-batuk. Mak Piah memberitahu sudah masuk dua bulan ibu menghidap batuk kering. Ibu sering batuk berdarah tetapi tidak mahu ke hospital, ibu tidak menggunakan duit yang aku kirim untuk berbelanja, sebaliknya duit itu dia gunakan untuk membeli tanah di hujung kampung untukku, ibu hanya makan apa yang ditanamnya di kebun. Pada saat ini aku masih terfikir, mengapa ibu sering menipu aku walau ajal hampir kepadanya?


Kini, setelah ibu pergi untuk selamanya barulah aku tahu mengapa ibu sering menipu aku. Itu pun setelah aku bertanya kepada Mak Piah. Mak Piah memberitahu, naluri seorang ibu ini berlainan, ibu sanggup menahan lapar dan sakit demi untuk anaknya. Aku sungguh sedih, lantas bercucuran air mataku jatuh ke bumi. Aku sungguh terharu dengan pengorbanan ibu selama ini kepadaku. Ya-Allah, kau tempatkanlah ibuku di kalangan hamba-hamba-Mu yang solehah

Amin...


p/s: hargai lah ibu bapa anda selagi dowg msh ada.......

("elo mak.....mak wat pa.....abah sht???adik blik 4hb nnt...turun kat pnang.....mak ngan abah p amik na.....pas 2 kta p bka posa kat pnang mao dak.....bla bla bla.....")

September......



cepat nya dah masuk bulan 9......
wisao plak ngn bln nie....
haish!!!!!!

xkn pk pasal nie smp xbley nak stdy kot.....
aduyaiii!!!!
mls nya nak pk bnda2 remeh nieeeeee......
BODO arrrr.....

otak dah ting tong arrr....

blah dlu!!!

p/s: hello september........and 4 me, hello september girl....... :)