Wednesday, March 30, 2011

Elak gambar dicuri

Tutorial ini bukan tutorial tahap advance. Asas sahaja. Kalau pencuri tahap professional, ada cara lain pula mereka mencuri, hatta tutorial ini diikuti sekalipun. Caranya biarlah menjadi rahsia aku seorang sahaja.

Asas kepada tutorial ini, anda terlebih dahulu menyiapkan artikel yang bergambar. Kebiasaan artikel ditulis pada tab 'Compose'. Anda rasakan anda mahukan protect gambar di artikel tersebut daripada dicuri. Kemudian, cara pengubahsuaian kod adalah pada ruang editor 'Edit Html' pula. Bukan di 'Compose' tab. Lihat gambar di bawah.

Tulisan artikel anda akan berubah jadi pelik-pelik. Kepada blogger baru, ini bukan pelik. Inilah kod HTML atau nama penuh dia Hypertext Mark-up Language.

Perhatikan gambar di atas, ini adalah kod link imej. Apa itu? Biasanya, setelah sesuatu gambar dimuatnaik (upload) ke dalam editor blogger, secara automatik ia membuat link untuk anda. Gambar anda pula disaizkan mengikut saiz sebelum anda upload; small, medium, danlarge. Kod link
, manakala kod Biasanya, selepas suatu gambar berjaya dimuatnaik ke dalam editor, dan kemudian di-preview, tetingkap menu pilihan akan terpapar jika anda right click pada gambar anda. Benar atau tidak? Benar, bukan? Lihat gambar di atas. Itulah menu pilihan. Pada menu pilihan inilah biasanya pelawat blog anda mudah-mudah saja mampu memuat turun (download) atau 'mencuri' gambar anda tanpa kebenaran mahupun pengetahuan anda!

Untuk mengelakkan perkara tersebut berlaku, apa yang perlu anda buat ialah mengubahsuai kod oncontextmenu="return false"

Lihat pada gambar di atas. Copy kod yang ditandakan warna biru, kemudian pastesepertimana anda lihat di dalam gambar. Kemudian, anda boleh publish. Cuba preview dan lihat hasilnya. Anda uji. Cuba right click pada gambar yang anda ubahsuai. Sepatutnya, menu pilihan tidak akan keluar lagi. Mudah, bukan?

Oh ya. Tentu anda tertanya-tanya. Kenapa aku gariskan warna merah di dalam gambar di atas? Okey. Aku terangkan. Biasanya gambar yang di-link, cursor mouse anda akan berbentuk tangan tatkala cursor mouse anda dialihkan ke atas gambar tersebut. Oleh yang demikian, biasanya kod yang digariskan warna merah itu aku buang. Cursor mouse anda akan menjadi seperti biasa; anak panah. Terpulang kepada anda. Aku rasa buang adalah lebih cantik. Hehe.


p/s: mas pon copy paste ja....jom kita try..

No comments: